|  Pilih teks sebelum tekan butang baca  |  Besarkan saiz teks Kecilkan saiz teks Saiz teks asal   |  Teks merah Teks biru Teks hijau Teks asal   |  Tema asal Tema cerah Tema gelap
WargakerjaKomuniti

Kesihatan Primer

UNIT KESIHATAN PRIMER
PENGENALAN
Program perkhidmatan rawatan pesakit luar adalah satu perkhidmatan yang mudah didapati di
seluruh kawasan di negara ini. Perkhidmatan ini diadakan di semua Klinik Kesihatan di seluruh
negara termasuk Jabatan Pesakit Luar Hospital-hospital , Klinik Desa, Klinik 1 Malaysia dan klinik di
kem Latihan Khidmat Negara(PLKN).
Sebagai perkhidmatan kesihatan yang memberikan perkhidmatan “Primary Health Care” kepada
pesakit yang mana merupakan “ frontliner health services “, perkhidmatana ini telah mendapat
perhatian utama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf kesihatan
penduduk di negara ini.

OBJEKTIF
Perkhidmatan rawatan pesakit luar disediakan bagi mencapai objektif berikut:-
Mempromosi kesihatan, mencegah dan mengawal penyakit-penyakit daripada merebak.
Memberi rawatan pesakit luar kepada orang ramai dan masyarakat ke tahap optimum.
Memberi rawatan susulan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.
Membantu meningkatkan tahap kesihatan penduduk sekitaran khususnya di kawasan luar bandar.

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN
Perkhidmatan utama yang diberikan melalui Unit Pesakit Luar yang terdapat di Klinik- Klinik
Kesihatan adalah seperti berikut : -
Rawatan Pesakit Luar
Rawatan Kecemasan
Perkhidmatan Ambulans
Unit Pesakit Luar di Klinik –Klinik Kesihatan juga melaksanakan Aktiviti Kawalan Penyakit Tidak
Berjangkit ( Diabetes, Saringan Kadiovaskular, Kesihatan Pekerjaan ) serta aktiviti tertentu di bawah
Program Kawalan Penyakit Berjangkit (HIV,Tibi,Malaria) dan aktiviti-aktiviti di bawah Program
Expanded Scope seperti berikut : -

Rawatan Pesakit kronik dan Ulangan, Diabetes dan Darah Tinggi

Program Rawatan TB

Program Saringan kardiovaskular./ ‘Wellness clinic’

Program Kesihatan Warga Tua.

Program Kesihatan Remaja

Program Kesihatan Mental

Klinik Kesihatan Pekerjaan

Nota : Perkhidmatan rawatan pesakit luar yang diberikan melalui klinik desa hanyalah meliputi
rawatan penyakit-penyakit ringan seperti demam, batuk dan selsema.

PENCAPAIAN/INOVASI

1) johan AIPK peringkat Kebangsaan di KK Maharani

2) Naib Johan AIPK Peringkat Negeri di KK Bkt. Pasir

3) Pelaksanaan Home Base Card untuk mengurangkan kesesakkan di kaunter pendaftaran dan
menjimatkan masa.

4) Sistem Nocardis untuk NCD

5) Penubuhan Muar Tuberculosis Action Centre untuk meningkatkan keberkesanan program
kawalan dan penjagaan pesakit TB.


  Berita
  • Covid19
    Makluman Covid19
    Isnin, 20-04-2020
  Pengumuman

  Alamat Rasmi
Address PEJABAT KESIHATAN DAERAH MUAR
Jalan Othman
84000 Muar
Johor
Telephone No.06-9522326
Fax No.06-9516533
Email info@pkdmuar.gov.my