|  Pilih teks sebelum tekan butang baca  |  Besarkan saiz teks Kecilkan saiz teks Saiz teks asal   |  Teks merah Teks biru Teks hijau Teks asal   |  Tema asal Tema cerah Tema gelap
WargakerjaKomuniti

Unit X-Ray

UNIT XRAY (DIAGNOSTIK)
PENGENALAN
Beroperasi pada 28 oktober 2002 seiring dengan pembukaan KK Maharani .Memberi perkhidmatan
xray konvensional dengan modaliti satu unit mesin xray dan satu unit mesin prosesor filem.KK
Maharani adalah satu-satunya klinik di daerah Muar yang menyediakan perkhidmatan x ray.

pada tahun 2002 hanya seorang juru xray dan seorang pembantu perawatan pesakit(PPK) yang
ditempatkan di Unit Xray KK Maharani.Dengan perningkatan kes setiap tahun dan mengambilkira

faktor-faktor lain pada tahun 2011 sehingga sekarang jumlah anggota ditambah iaitu empat Juru
Xray dan seorang PPK .Anggran dan purata jumlah kes setahun adalah 8000-10000 setahun.Unit
Xray KK Maharani pernah memberhentikan selama 3 bulan(april-jun 2012)a perkhidmatan kerana
modaliti yang sedia ada telah mengalami kerosakan kekal namun dapat meneruskan perkhidmatan
sehingga sekarang dengan menggunakan sebuah modaliti mudah alih yang dipinjamkan secara
pentadbiran dari Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Kluang.Satu permohonan penggantian
sebuah modaliti baru telah dijalankan dan menunggu proses kelulusan dari pihak atasan.

OBJEKTIF

- Memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan penghasilan mutu diagnosa yang tinggi
dalam tempoh 30 minit.

-Memberikan dan mengurus proses permohonan laporan pakar dalam 3 hari bekerja (RME/kes-kes
OPD).

-Memastikan Kadar Penolakan Filem <2.5% sebulan( berkuatkuasa Julai 2012.)

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

1) Memberikan perkhidmatan Xray konvensional yang meliputi bahagian :

- Dada

-Abdomen

- skull

- Ektrimiti

- Spine

-Lain-lain.

2) Mengurus sistem temujanji dan laporan pakar radiologis mengikut permohonan untuk
pemeriksaan ultrasound,mammogram dan" medical checkup"

3) Memberikan dan menjalankan pemeriksaan RME dan TB.

PENCAPAIAN/INOVASI

Tiada


  Berita
  • Covid19
    Makluman Covid19
    Isnin, 20-04-2020
  Pengumuman

  Alamat Rasmi
Address PEJABAT KESIHATAN DAERAH MUAR
Jalan Othman
84000 Muar
Johor
Telephone No.06-9522326
Fax No.06-9516533
Email info@pkdmuar.gov.my